TINDAKAN pelakon popula, Datuk Rosyam Nor mengeluarkan kenyataan berbaur ‘ancaman’ ketika mempromosikan program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengundang kecaman warganet.

Rata-rata menyifatkan perbuatan beliau itu keterlaluan dan kasar untuk golongan wanita.

“Lambat, bangun lambat, semuanya lambat. Bangkit! Bangkit daripada tidur.

“Korang jumpa aku, aku nak belasah kepala korang baru bangkit!,” katanya dalam satu rakaman video yang tular baru-baru ini.

Acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (PWTC) itu turut menyaksikan Menteri KPWKM Datuk Rina Mohd Harun tidak ketinggalan menjadi mangsa apabila dirinya seolah-olah membiarkan perkara itu berlaku.

Kenyataan Hannah Yeoh yang mengkritik tindakan Rina Harun.

Rina mendapat kritikan daripada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang berpendapat perkara tersebut tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi melibatkan seorang menteri.

“Rakyat tanggung gaji berpuluh ribu setiap bulan untuk menteri ini buat video seperti ini.

“Bahasa kasar digunakan, Menteri Wanita senyum di belakang. Pergi buat kerja dan biarkan perkara itu kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP Malaysia),” jelasnya di Twitter.

Perkara itu tentu sahaja menarik perhatian pengguna media sosial yang meluahkan rasa kesal terhadap Rina di Twitter.

“Rina Harun dah sedia maklum tahap IQ dia. Rosyam Nor tu pun macam tiada akal nak berfikir sebelum buat sesuatu. Kenapa? Projek apa sangkut Datuk?,” kata HatchEnd84.

“Harap apa daripada Rina Harun. Dulu buat video sampah selepas itu video sampah dengan Rosyam Nor. Habiskan duit untuk cantikkan badan, kalau banyak sangat duit itu cubalah melabur sambung belajar,” kata Najmiluthz.

Sementara itu, memetik mStar, Rosyam menyifatkan perkara tersebut bukan untuk menjatuhkan maruh kaum wanita.

Sebaliknya penggunaan perkataan ‘belasah’ membawa maksud kesedaran dan memberikan semangat.

“Perkataan belasah kepala yang saya sebut itu bermaksud mencuci otak. Program yang saya jalankan itu memberi semangat dan kesedaran buat kaum wanita untuk bangkit dalam perniagaan. Jadi, tidak timbul isu saya cakap kasar atau menjatuhkan kaum wanita,” jelasnya. — Majoriti

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.