“Kita dah buat salah, dah langgar prosedur operasi standard (SOP), mengaku dan bayar denda,”.
Demikian kata pengurus kepada Datuk Awie, Mubarak Akhtar berhubung isu perlanggaran SOP yang berlaku dalam sebuah acara yang berlangsung pada 30 April lalu di Melaka.
Dalam rakaman suara yang dihantar kepada media, Mubarak berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada komuniti penarik beca yang hadir supaya tidak memuat naik sebarang gambar atau rakaman di media sosial membabitkan Datuk Awie yang hadir di situ.
“Ini semua benda dah nak jadi, nak buat macam mana. Ini misi bantuan dengan penarik beca. Mereka minta Awie menyanyi, tapi Awie tidak mahu menyanyi. Jadi, kami pasang video muzik saja di depan.
“Kemudian, Awie bangun dan berada di mejanya. Penarik beca kemudian menyerbu. Semuanya masih lagi okay apabila pengacara majlis meminta supaya tidak memuat naik sebarang gambar atau rakaman.
Memetik laporan portal Melaka Hari Ini, penganjur program dan Awie akan dipanggil merakam keterangan dalam masa terdekat.
Isu ini timbul selepas video pendek berdurasi 42 saat memaparkan Awie yang berada dalam satu majlis keramaian tidak mengenakan pelitup mulut, tular di media sosial.
“Telefon bimbit dan media sosial berpisah tiada, yg muda belia dan tua bangka semua ada account facebook dan group whatsapp. Tak sah jari jemari melekat di tangan kalau tak upload sesuatu dalam media sosial.
KOMEN DARI NETIZEN
” Sebab tu mereka golongan atas langit ni tak takut nak langgar SOP. Mereka yakin kena kompoun je dan jumlah kompoun tu mereka mampu bayar atau ada orang nak bayar..jadi kalau boleh jangan kompoun .terus bawa tindakan ke mahkamah..nanti mahkamah golongan2 sombong mcm ni jangan bagi denda. Jatuhkan hukuman penj4ra.kena 2-3 hari pun cukup dah sbgai pengajaran.
“Zaman sekarang ni samada sedar atau tidak,tabiat suka merakam dan seangkatan dgn nya akhirnya hanya membawa benc4na kpd diri sendiri dan rakan2.”