Semalam, pelakon dan penerbit drama, Sheila Rusly, memuat naik video dirinya mengerjakan solat terawih secara berjemaah dengan suami, Jinggo, serta kru produksi dan pelakon drama Ratu Ten Pin di pusat boling sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya. 

“Malam kelapan, tiada lagi alasan. Islam itu syumul. Iftar dan terawih bersama dengan keluarga besar saya.

“Solat Isyak dipimpin oleh Tuan Haji Jinggo, manakala Solat Sunat Terawih dipimpin oleh saudara @itsokaymarr,” tulisnya pada kapsyen video yang dimuat naik di Instagram. 

Difahamkan, video itu dirakam oleh bakal menantu Sheila, iaitu pelakon Elisya Sandha dan suasana pusat boling pada ketika itu sibuk dengan pengunjung yang sedang bermain boling.

Di ruangan komen video, ramai yang memuji pendekatan Sheila bersama keluarganya mengimarahkan Ramadan. Tetapi, berbeza dengan pandangan netizen di Facebook Harian Metro yang tidak bersetuju. 

Terdapat beberapa komen dari netizen akan kejadian tersebut untuk kita fikir dan nilaikan bersama.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *