“Kalau betul, KALAU betul, apa masalahnya?” – Anwar
Ada khianat di situ? Ada rasuah di situ? Ada kesalahan jenayah? Tidak ada.”
Itu respons Presiden PKR, Anwar Ibrahim dengan NADA TAK PUAS HATI apabila ditanya berkenaan audio tular yang mengaitkan perbualan antara beliau dan Presiden UMNO, Zahid Hamidi
Last-last dia spin ke lain, tak menjawab soalan tapi lebih kepada melaluk menyalahkan orang lain
Jika betul, benar, tulen lagi sahih, memang berlakunya pengkhianatan tahap paling tertinggi sekali, khianat kepada kepercayaan akar umbi apabila didepan perwakilan di PAU 2020 yang disiarkan secara langsung dimedia sosial, Presiden UMNO Zahid Hamidi berteriak dan bertempik macami nak runtuh siling Dewan Merdeka PWTC dan nak tumbang bangunan PWTC., ikrar janji No D4P No Anwar No PPBM.
Malangnya sebalik sahaja selesai PAU 2020, beliau terima panggilan telefon dari individu disyaki Cikgu Non mengucap tahniah dan berbincang tentang rancangan dan plot untuk politik jajaran baharu sehingga terungkap ucapan “itu hanya taktikal” “bila mengadap nanti”. “kalau ada seorang menteri letak jawatan” “penakut penakut”,
POSTING BERKAITAN:
https://www.facebook.com/PejuangKelantan/videos/1090505198112646/
Memang betul pendedahan audio berkenaan kepada umum ianya merupakan sebagai satu serangan politik terhadapnya. Tidak dinafikan sama sekali kerana rakyat berhak tahu siapa sebenarnya Cikgu Non dan muridnya terutamanya yang masih kagum dan taksub dengan mereka.
Ada khianat di situ? Ada kesalahan jenayah?
Memang sah ada, khianat atau jenayah moral, jenayah integiriti, jenayah tipu enggan mengaku, jenayah khianat kepercayaan diberikan oleh akar umbi melalui perwakilan sehingga terhakis keyakinan rakyat kepada parti keramat. Suatu kesalahan jenayah yang dahsyat jika kerana tersebarnya audio ini menyebabkan UMNO bakal rebah sekali lagi pada PRU15 nanti.
Memang ada khianat dan melakukan jenayah moral yang paling dahsyat.
Maka benarlah kata Tun M bahawa Cikgu Non jenis mati-mati nak jadi PM.
Oppss lupa … patutlah sehingga kini tiada lagi laporan polis dibuat oleh Cikgu Non dan Zahid maupun para pegawainya walaupun sebelum ini berdegar² melalak kata akan buat laporan dengan kadar segera.