Angkara jiran berhutang dengan ‘AHLONG’, penduduk kejiranan menjadi mangsa apabila beberapa kereta penduduk bersebelahan rumah penghutang dipecahkan cermin serta terdapat nota ugutan yang ditinggalkan oleh suspek terhadap mereka(kejiranan) jika penghutang gagal membayar hutangnya.
Kejadian berlaku awal pagi semalam (22/05/2023) di kawasan perumahan Jalan AU4/1 Taman Sri Keramat Tengah, Lembah Keramat daerah Ampang Jaya, Selangor.
Untuk makluman pada 18 April yang lalu, suspek yang sama juga didapati telah datang dan menyimbah cat pada rumah penghutang.
( Rujuk rakaman CCTV 🎥)
Dua kenderaan dipercayai suspek yang sama :
1- Proton Iswara Aeroback bonet depan hitam
( Rujuk cctv 18/4/23 )
2- Proton Wira Sedan bonet depan hitam
( Rujuk cctv 22/5/23 )
Jika orang ramai mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek dalam kejadian ini diminta tampil atau hubungi balai polis yang berdekatan.