Veteran Amanah Ishak Surin meninggal dunia pada jam empat pagi tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda yang kita kasihi, Cikgu Haji Ishak Surin telah kembali ke rahmatullah jam empat pagi tadi.

“Salam takziah buat seluruh keluarga ayahanda. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan mencucuri rahmat ke atas rohnya,” menurut hantaran itu.

Ishak, 88, pernah mengetuai Amanah Batu dan sebelum itu lama bergiat di dalam PAS.

Allahyarham juga merupakan antara anggota terawal Angkatan Pemuda Insaf (API) – sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) – iaitu sebuah gerakan kemerdekaan yang berpengaruh sehingga diharamkan British pada 1947.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *