Usahawan hartanah, Azlan Al Amin berkata beliau sudah menghubungi dan mengarahkan peguam terkenal, Dato Dato Naran Singh supaya esok beliau terus membuat permohonan penangguhan hukuman penjara 14 bulan ke atas wanita ini atas kesalahan mencuri milo.
“Saya sama sekali tidak menyokong tindakan salah wanita terbabit yang disabitkan kesalahan mencuri,salah tetap salah! Apatah lagi beliau terjebak masalah sosial yang tidak sepatutnya!
“Cuma saya simpati kepada nasib anak anak beliau yang masih kecil,dan berharap dapat dipinda kepada hukuman lain yang mudah mudahan ianya menjadi satu pengajaran kepada beliau,” katanya.
Beliau juga berhasrat untuk membantu wanita ini membina kehidupan baru yang lebih baik, murni dan mulia.
Katanya, setiap manusia tak sunyi dari salah silap. Salah tetap salah,dan mahkamah yang mulia berhak menjatuhkan hukuman sewajarnya sebagai satu bentuk keadilan sekaligus pengajaran kepada pesalah.
“Cuma saya berharap,beliau diberi sedikit ruang dan bimbingan oleh kita semua untuk beliau berubah menjadi insan berguna.
“Jangan kita hanya melihat kepada bilis bilis saja yang patut menerima hukuman, sedangkan berapa banyak lagi jerung jerung di luar sana yang masih bebas meskipun berjuta atau berbilioan duit negara “digelapkan”.
“Pada wanita ini, beliau perlu dibimbing. Jika kita semua terus mengecam dan tidak menyokong wanita ini memulakan serta membina hidup baru,sampai bila pun dia akan terus berada dalam kegelapan,” katanya.