Sebuah video tular hari ini memaparkan seorang individu dipercayai Setpol seorang menteri kanan kerajaan Perikatan Nasional dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memasuki bilik hotel bersama seorang wanita.

Video berdurasi enam saat itu menunjukkan individu berkenaan dipeluk seorang wanita dan diikuti rapat dua wanita lain.

Wanita itu dipercayai dalam keadaan mabuk memaut bahu lelaki berkenaan untuk ke bilik hotel.

Komen warganet menyebut ia mirip ADUN Gombak Setia, Hilman Idham dan Bendahari Bersatu Putrajaya, Adi Ikmal Isa.

Bagaimanapun, belum ada maklum balas daripada kedua-dua ahli politik itu.

Tarikh dan lokasi sebenar juga tidak dapat dipastikan meskipun warganet mendakwa ia berlaku di Hotel Dorsett Putrajaya di bulan Ramadan.

Video yang direkodkan pada Mei tahun lalu dalam bulan Ramadhan melalui kamera litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik pengguna Facebook

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *