Laporan awal siasatan ke atas kejadian tren LRT bertembung di Stesen Kampung Baru dan KLCC semalam mendapati terdapat kecuaian pemandu, membabitkan tren bernombor 40 yang dipandu bertentangan arah, kata Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong.

“Tren 40 adalah gerabak kosong dan mengalami kerosakan dan tidak boleh beroperasi secara automatik. Jadi kita minta pemandu Prasarana untuk bawa ke depot menuju ke Stesen Dang Wangi.

“Bagaimanapun, pada 8.34 malam, Prasarana terima laporan tren itu bertembung dengan tren 81, dan kemalangan disebabkan kecuaian pemandu yang memandu secara bertentangan arah,” katanya pada sidang media.

BERITA LANJUT MENYUSUL

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.