MELAKA: “I want see that, is it happen or not (saya nak lihat perkara itu berlaku atau tidak),” kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Itu reaksi beliau berhubung dakwaan akan wujud undi tidak percaya terhadapnya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), 25 Julai ini.

Katanya, setakat ini tiada apa-apa langkah daripada pihak tertentu yang dilihat menjurus kepada usaha untuk mengadakan undi tidak percaya itu.

“Kalau ada (usaha itu) undilah, apa ada hal, tak ada (nak) takut apa-apa. Saya pun tak tahu berita ini datang dari mana. Mungkin ada orang yang tak suka melihat kita dalam keadaan aman dan tenteram,” katanya selepas melancarkan Pelan Strategik Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Melaka 2022 di Hotel Holiday Inn, hari ini.

Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu mungkin berdepan undi tidak percaya pada Sidang DUN.

Portal itu memetik laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, mendakwa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dikatakan berhasrat mengambil alih jawatan Ketua Menteri meskipun ADUN Tanjung Bidara itu sudah beberapa kali menafikannya.

Ab Rauf sebelum ini turut menafikan keadaan politik Melaka berdepan situasi genting seperti yang dilaporkan portal terbabit.

Beliau yang juga EXCO Kanan Perindustrian dilaporkan berkata, laporan portal terbabit adalah berniat jahat serta boleh mengganggu gugat kestabilan politik negeri. – BH

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.