
Silat Pulut UMNO
Kalau seseorang diberitahu dia akan dibunuh tepat pada Ogos nanti, ada 5 bulan lagi; apa yang akan dibuatnya? Duduk saja?
Kata Tok Mat, UMNO jangan main ‘Silat Pulut’. Kalau nak keluar PN Ogos nanti, keluar. Bersilat pulut buat letih sendiri, pengantin yang sedap.
Ada 1001 perkara yang boleh dilakukan kalau seseorang diancam untuk dibunuh tepat 5 bulan nanti. Jika dia nya berkuasa, 5 bulan cukup lama untuk dia menyelamatkan nyawanya.
Boleh jadi, nak tunggu sampai Ogos, UMNO yang kepenatan bersilat pulut.
Dah isytihar perang, kemudian kita bagi masa 5 bulan untuk musuh persiapkan diri, sambil kita bersilat pulut, bukanlah strategi bijak. Bak kata Ku Li: “Tarik diri, kalau boleh hari ni.”
Ya, kita tahu ada banyak pertimbangan yang UMNO fikirkan untuk tarik diri segera; tapi, kalau itu pertimbangan terbaik, UMNO kena ambil risiko tersebut demi survivalnya.
Gendang perang dah dipalu, dalam 5 bulan ni kita tengok apa peristiwa peristiwa akan berlaku. Macam macam boleh berlaku.
Akhirnya, kita rakyat terbanyak juga terkesan nanti, bak kata Panglima Perang Zaman Keemasan elePHen: “Elepen pight elepen, lastly grass will supper.”
Komik Dilema Malaysia Baharu : https://bit.ly/3aFj2Yc