Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata Umno dilihat menjadi rebutan ramai apabila PKR dan DAP ketika ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Umno.

Katanya, ini membuktikan Umno masih lagi ada maruah dan bukan menjadi punca jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan.

Bercakap di dalam temubual bersama kinitivi beliau berkata, dahulu ramai mencemuh kononnya UMNO ini parti tidak laku, parti lapuk, sekarang tuduhan mereka semuanya meleset sama sekali.

“UMNO ternyata menjadi rebutan oleh PKR, Amanah dan DAP untuk menjalinkan kerjasama. Malah, ada yang bertanya kerana apa parti pembangkang ini berminat dengan UMNO?

“Tidak dinafikan, kerana UMNO adalah sebuah parti berpengalaman mengemudi negara dan mempunyai organisasi yang kukuh di peringkat cawangan, bahagian, Majlis Tertinggi (MT) sehingga ke Institusi Presiden.”

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *