Semua pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu meletak jawatan selewat-lewatnya pada Ogos ini.

“Jika kita sudah bersetuju tarik diri bulan Ogos, jangan kita main silat pulut tidak sudah-sudah. Tahu tak silat pulut macam mana? Pengantin di depan, dia yang bersilat pusing dan letih sendiri. Yang sedap pengantin.

“UMNO ini gajah dan kita besar kerana parti terbesar. Apa guna jadi gajah, masuk hutan satu ranting pun tidak patah. Gajah apa benda.

“Gajah kalau masuk hutan, pokok tumbang dan dia langgar semua. Nak langgar bulan lapan ini jangan acah-acah. Tidak ada sudahnya. Sekarang ini bagaimana kita nak kuat parti kita ini?

“Sekali kita melangkah jangan undur, sudah langarkah kita jangan dibaca orang. Sekarang kita sudah beritahu, jaga baik-baik. Kalau bulan tak ada apa-apa, bulan lapan ramai-ramai keluar kerajaan,”

  • Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *