
Ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Tun Rahah Mohd Noah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Perkara itu dikongsikan Najib menerusi laman Facebook dan Twitter beliau.”Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada,” katanya.
Tun Rahah, 87, yang merupakan balu kepada Perdana Menteri kedua, Tun Razak Hussein menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur selepas dilapor kurang sihat.
Sebelum ini beberapa kenamaan termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menziarahi Tun Rahah. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut perkenan mencemar duli menziarahi Tun Rahah.