PETALING JAYA: Selepas empat hari Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlalu, Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya meluahkan kekecewaan kekalahan gabungan itu, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, katanya, beliau menerima keputusan pilihan rakyat itu dengan hati yang terbuka.

“Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang mengganti GTA kalah pada PRU15. Saya sebagai Pengerusi Pejuang sedih. Tetapi saya terima pilihan rakyat. Saya harap pihak yang menang akan mendirikan Kerajaan Malaysia.

“Oleh kerana Pejuang kalah semua 125 kawasan yang dipertanding, Pejuang tidak pun dapat menjadi pembangkang dalam Dewan Rakyat.

“Segala perancangan Pejuang untuk negara terpaksalah digugur. Yang boleh dilakukan oleh Pejuang adalah melihat arah pemerintahan pihak yang menang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri itu berkata, Pejuang mendoakan siapa sahaja yang menjadi Kerajaan Malaysia dapat memulihkan segala masalah yang dihadapi negara ini.

“Saya sendiri akan tumpu kepada penulisan berkenaan dengan sejarah dan aktiviti dalam negara.

“Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British. Saya juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *