Sejak semalam tular di media sosial mengenai perkongsian video yang memaparkan seekor gajah bertindak menceroboh masuk ke kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar pada Selasa lepas.
Kejadian tersebut dipercayai telah dirakam oleh seorang lelaki yang berada di sekitar kawasan tersebut namun gajah dewasa yang dianggarkan berusia 35 tahun tersebut tidak bertindak agresif.
“Seekor gajah masuk dalam Sekolah Kebangsaan RPS Kemar, Gerik dipercayai untuk mencari makanan.
“Kejadian sempat dirakam seorang lelaki, namun haiwan liar itu tidak bertindak agresif,” menerusi perkongsian Info Roadblock Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)/Polis di laman Facebook.