
Apa yang terjadi terhadap rider FoodPanda ini sememang sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab dan bukanlah sesuatu yang positif untuk dilakukan.
Kejadian yang berlaku di Manila di mana 16 penunggang FoodPanda baru-baru ini terkena ‘PRANK’ atau usikan yang kebudak-budakkan apabila kesemua mereka menghantar makanan ke alamat yang sama.
Kejadian yang berlaku di rumah Rome Vladimir Agito Cuevas itu v!ral di laman media sosial Facebook setelah dia memuat naik gambar terbabit. Ia turut mendapat perhatian masyarakat maya.
Bercakap kepada Coc0nut Manila, dia berkata penghantaran itu bernilai sehingga USD$ 39.00 (RM157.00) dan dihantar ke rumahnya dengan penghantaran tunai atau ‘cash on delivery’.
Dia mengatakan bahawa mungkin dia adalah sasaran mereka yang suka membuat ‘PRANK’. Tidak mungkin FoodPanda mengalami gangguan dan menghantar banyak penunggang ke rumahnya kerana dia tidak menggunakan aplikasi FoodPanda pada hari tersebut.
Melalui resit yang dipamerkan oleh penunggang foodpanda, pesanan itu datang dari dua pengguna – Triple X dan Keisha Ann Bernabe. Cuevas mengatakan bahawa dia membayar sekitar empat penghantaran. Manakala selebihnya dibayar oleh jirannya. – Sumber dipetik dari The v0cket, Facebook CNN Phillipines