NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan berdepan dengan lebih 30 pertuduhan berkaitan penipuan perniagaan.

Lapor CNN, Juri Besar Manhattan membuat keputusan untuk mendakwa Trump bagi kesemua kes berkaitan, menurut dua sumber yang biasa dengan kes itu.

Ini secara tidak langsung membuktikan kali pertama dalam sejarah AS bahawa bekas Presiden AS akan menghadapi tuduhan jenayah.

Trump berkemungkinan akan hadir di mahkamah awal minggu depan, kata peguam belanya.

Trump bagaimanapun mengeluarkan kenyataan yang membangkang, menyifatkannya sebagai penganiayaan politik dan campur tangan pilihan raya di peringkat tertinggi dalam sejarah.

Pejabat Peguam Daerah Manhattan menyiasat Trump berhubung dakwaan peranannya dalam skim pembayaran wang ‘tutup mulut’ melibatkan bintang filem lucah, Stormy Daniels semasa kempen Pilihan Raya Presiden 2016.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *