Dalam temubual eksklusif melalui Sinar Live petang tadi, ibu angkat kepada adik Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi memohon kepada seluruh netizen agar tidak cepat menghukum ibu kandung dan bapa tiri mangsa yang sekarang ini difahamkan masih lagi berada di dalam tahanan reman.

Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi membenarkan perintah sambung reman sehingga 12 Februari ini terhadap pasangan suami isteri itu yang juga ibu kandung dan bapa tiri kepada mangsa berusia 7 tahun, selepas permohonan sejak Sabtu lalu berakhir pada Jumaat.

Jumaat lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya, petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Ikuti petikan Sinar Live yang bertajuk Jangan Mudah Menghukum, Tolong Maafkan Mereka bersama Norlida Hassan, ibu angkat

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:

https://bit.ly/3toykrs

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *