Darah tinggi merupakan salah satu pembunuh senyap. Satu perkongsian tentang petua menurunkan tekanan darah tinggi oleh pengguna laman sosial facebook; Asri Baker ini telah menerima banyak cicipan pembaca. Menurutnya;
“Kalau waktu tengahari, kerap aku rasa pening yang amat dan rasa x selesa bahagian kepala dan tengkuk..Pernah satu ketika catatan aku melebihi tahap ke2 hipertensi iaitu 160 ke atas dan doktor arah aku ditahan… Aku bg mcm2 alasan xnk masuk wad “
Asri
Mengikuti petua orang-orang dahulu, beliau mencari daun belimbing buluh di merata-rata tempat untuk mengurangkan rasa sakit tekanan darah tinggi nya. Pencariannya menemukan beliau dengan seorang perempuan berusia 20an;
“merata aku pusing cari pokok belimbing, sehinggalah terjumpa pokoknye di sebuah rumah berhampiran sungai…Aku bagi salam utk kebenaran ambik daun tu… Muncul dari tingkap seorg budak perempuan dlm usia awal 20an, tanye sbb apa nk ambik daun tu?… Aku ckp utk ubat darah tinggi…dia keberatan nak bagi sebab dia kata ada yg lebih mujarab dan terbukti berkesan dari daun belimbing…”
Asri
Menurut wanita itu ibunya juga seorang penghidap tekanan darah tinggi yang kronik tetapi setelah mengamalkan minum air daun sup dan bawang putih sampai sekarang ibunya sudah bebas dari darah tinggi.
Walaupun pada mulanya agak keberatan, beliau mencuba petua yang diberikan wanita itu, dan ternyata petua itu berkesan menurunkan tekanan darahnya.
“Alhmdulillah…setelah mengamalkan minum beberapa hari, aku chek, darah x tinggi lagi..aku terus amalkan.. dari minum hari², aku minum jarang² dan kini jadi kadang²… Sampai sekarang bila chek, tekanan darah sentiasa di paras normal…”.
Asri

Mudah kan? Terima kasih diatas perkongsian beliau semoga anda juga bebas daripada masalah tekanan darah tiggi.
kredit info : Asri Baker