PENGERUSI Kebangsaan DAP Lim Guan Eng, mengakui beliau tidak pernah terlintas akan bersama dengan Umno dalam satu konvensyen di ibu pejabat parti berkenaan yang sebelum ini menjadi seteru DAP.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, detik bersejarah itu kini sudah tiba dan beliau hadir di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.

“Tidak pernah terlintas dalam fikiran satu hari yang saya akan menyertai konvensyen perpaduan bersama Umno di ibu pejabat parti itu, Dewan Merdeka, WTCKL.

“Hari itu telah tiba kini bersama Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan Malaysia dari puak pelampau dan mereka yang gagal mentadbir.

“Makmurkan rakyat, majukan Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *