Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata tidak mustahil untuk Umno bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), termasuk parti komponennya DAP.

“Apa sahaja mungkin berlaku dalam politik, anda tidak boleh menolaknya,” katanya.

Tajuddin berkata demikian ketika diminta untuk menjawab spekulasi mengenai kemungkinan kerjasama BN-PH.

Tajuddin berkata, Bersatu secara sistematik berusaha untuk “mencuri” anggota Umno hingga ke peringkat akar umbi dalam usaha untuk mengecilkan parti itu.

“Ahli Umno yang ‘dicuri’ dan ‘dibeli’ untuk Bersatu membolehkannya menubuhkan lebih banyak cawangan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Wisma UOA semalam.

Tajuddin, yang juga pengarah pilihan raya Umno, mendakwa sejumlah besar wang dibelanjakan oelh Bersatu untuk tujuan berkenaan.

Tajuddin turut menolak desakan beberapa pemimpin Umno bahawa parti itu tidak boleh bekerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.

Dengan mengambil contoh Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa yang merupakan penentang kepada kerjasama itu.

Umno bahagian Ketereh yang dipimpin Annuar menjadi antara dua daripada 191 bahagian Umno yang sedia mempertahankan kerjasama dengan Bersatu.

“Kenyataannya tiada penghujung… tetapi hanya sebilangan kecil orang,” katanya.

Ketika ditanya apakah ini boleh menyebabkan perpecahan di kalangan ahli parlimen Umno, Tajuddin mengatakan tidak akan memerlukan semua 39 ahli parlimen untuk menjatuhkan kerajaan PN.

Katanya Belanjawan 2021 Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hanya lulus dengan 111 undi berbanding 108.

Bagaimanapun, Tajuddin berkata dia tidak dapat mengesahkan apakah BN akan menarik diri dari kerajaan Muhyiddin.

“Tetapi rasa tidak puas hati terhadap Bersatu yang memimpin kerajaan PN tidak dapat dinafikan,” katanya lagi.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *