kemalangan

Pernah tak anda melihat kemalangan yang melibatkan lebih daripada dua kereta? Sebagai contoh, kereta A dilanggar daripada belakang oleh kereta B, dan kereta B pula dilanggar daripada belakang oleh kereta C.

Jika berlakunya situasi tersebut, pada pendapat anda siapa yang patut disaman? Kerosakan yang berlaku pada kereta patut dibayar oleh kereta yang mana? A, B atau C?

Baru-baru ini, Carput ada berkongsikan beberapa ciapan di laman Twitter berkenaan situasi tersebut. Buat anda yang belum tahu, Carput adalah perkhidmatan yang membantu anda apabila berlakunya kerosakan pada kereta. 

Informasi ini sangat berguna jika satu hari nanti, kita atau orang yang dikenali terlibat dalam kemalangan. Sekurang-kurangnya anda tahu maklumat asas seperti ini, daripada ditipu oleh orang lain.

Jom baca sampai habis!

Pernah tengok kemalangan yang melibatkan lebih daripada 2 kereta? Dalam kes ni, siapa kena saman? Siapa kena bayar? Min kupaskan untuk panduan korang!

First sekali korang kena faham, 99% kes berlaku pelanggaran dari belakang, yang salah adalah kereta belakang.

Kerana undang-undang di Malaysia, menjadi tanggungjawab pemandu belakang untuk menjaga jarak. Jadi tidak kira pelanggaran 2 kereta, atau kemalangan ‘sandwich’ sehingga 6 kereta sekalipun,

Yang akan dipersalahkan adalah kereta yang paling belakang, kecuali dapat dibuktikan sebaliknya. Jadi siapa kena bayar siapa?

Kereta ke 2 bayar pertama, ke 3 bayar ke 2 dan seterusnya?

Jawapannya: TIDAK

Pemandu kereta terakhir akan dikenakan sman trafik. Dan sekiranya ada 6 kereta, kereta 1 hingga 5 akan tuntut ke atas kereta 6 untuk baik pulih.

“Kereta 1 hingga 5 tuntut atas saya, saya kena bayar ke? Saya tak ada duit!”

Tidak, sekiranya kereta anda dilindungi insurans.

Inilah fungsi insurans kereta. Perlindungan sehingga RM3 juta tuntutan ke atas insurans anda. Tapi kalau sandwich 1-5 tu semua Lamborghini, ya kemungkinan anda kena tambah duit.

Sumber: Carput

Jadi sebagai pemandu ke 6, apa wang yang perlu anda keluarkan?

1. Saman trafik
2. Kerugian NCD
3. Kerugian sekiranya tuntutan lebih RM3 juta

Sekiranya insurans anda hanyalah insurans 3rd party, wang baik pulih kenderaan sendiri tidak ditanggung pihak insurans ya. Manakala untuk pemandu kereta 1-5, anda hanya perlu ke balai polis untuk laporan polis.

Dapatkan pengesahan IO. Dan carilah bengkel panel yang berpengalaman untuk tuntutan insurans pihak ketiga, sebab kalau bengkel yang tak biasa buat, nanti proses pula jadi lambat dan leceh.

Dan yang paling penting, pesanan masyarakat dari min, usahlah bergaduh pasal kemalangan ni. Benda ada insurans kereta. Benda boleh claim. Gaduh gaduh tak memasal masuk lokap.

Dah jadi kes lain. Kan membazir.

Semoga perkongsian ini berguna buat anda di luar sana. Ingat, sentiasa berhati-hati di jalan raya! 

SumberCarput

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.