Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias ataupun dikenali sebagai Ustaz Kazim menarik diri daripada bertanding di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum (PRU15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, calon terbaharu yang dipertaruhkan mereka bagi menggantikan Ustaz Kazim ialah Ketua Koordinasi Komunikasi BN, Mohd. Syafiq Fhadly Mahmud.

“Ustaz Kazim menarik diri pada saat akhir,” jelas Saarani ketika mengumumkan barisan calon BN Perak bagi PRU15 di Hotel Casuarina@Meru di sini hari ini.

Presiden BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan Ustaz Kazim sebagai calon parti tersebut bagi PRU15. – KOSMO

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *