Pengerusi Umno Perlis yang dipecat Shahidan Kassim menggesa tindakan disiplin diambil ke atas sesiapa yang menentang keputusan parti untuk tidak bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim selepas beberapa jam beliau dipecat daripada jawatannya hari ini.

“Siapa langgar keputusan parti iaitu “No Anwar, No DAP, No PKR”, kita dapati ada surat yang ditulis kepada Agong dan disaksikan Najib.” katanya malam ini kepada pemberita dipercayai  merujuk surat yang ditulis Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak kepada Istana Negara bagi memaklumkan sokongan mereka kepada Anwar dalam usaha menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

“Ini adalah melanggar keputusan parti,” katanya lagi.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *