PAS-Umno dijangka akan memuktamadkan soal kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam pertemuan dengan pemimpin Umno bahagian di ibu negara, semalam.

Menurut salah seorang pemimpin tertinggi Umno yang enggan namanya didedahkan berkata, ketika ini proses rundingan sedang berjalan.

“PAS dijangka akan memuktamadkan sama ada akan bekerjasama dengan Umno atau pun tidak minggu ini.

“Nampaknya PAS berkemungkinan besar akan meninggalkan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi PRU15 bersama-sama BN.

“Satu himpunan besar-besaran akan diadakan jika Muafakat Nasional (MN) kembali diperkasakan,” katanya kepada Malaysiapost.

Sebelum ini tercetus spekulasi mengenai pertemuan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama Presiden Umno.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendedahkan hasil pertemuan Muhyiddin dengan Abdul Hadi berkata tiada perkara dapat dicapai pada pertemuan itu.

Ahmad Zahid yang mendedahkan pertemuan dengan Presiden PAS, itu berkata beliau telah mengemukakan tiga syarat sekiranya PAS mahu menjalin semula kerjasama politik dengan parti itu.

Tiga syarat itu ialah PAS keluar daripada PN, memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufarakah’ (berpisah) seratus peratus daripada PN dan Bersatu.- Malaysiapost

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *