Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengumumkan menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Katanya, beliau membuat keputusan itu setelah berfikir lama dan menganggap tindakannya itu adalah yang terbaik untuk partinya, UMNO dan Barisan Nasional (BN).


“Saya nak umum, saya Ketua UMNO (Bahagian) Padang Rengas merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas, dengan rasminya menarik sokongan diberikan kepada Muhyiddin untuk membentuk kerajaan yang sedia ada,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.


Menurutnya, tindakannya itu bukan untuk menentukan pilihan raya umum diadakan, tetapi dengan menarik sokongan kepada Muhyiddin, bermakna kerajaan hari ini ada 109 kerusi, tidak ada ada majoriti.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.