AHLI Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau menafikan akan ‘melompat’ untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti dilaporkan sebuah portal semalam.

“Saya dimaklumkan jam 8 mlm tadi, portal The Vibes secara tidak bertanggungjawab telah mencetak satu berita kononnya saya salah seorang Ahli Parlimen dari Sabah akan melompat kepada kerajaan (PN).

“Berita palsu ini sengaja dibuat pihak tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam kalangan pembangkang,” kata Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) itu menerusi siaran langsung di Facebooknya malam tadi.

Madius seterusnya meminta pihak yang sengaja menyebarkan berita palsu tersebut supaya segera menghentikannya.

“Saya sekeras-kerasnya menafikan dakwaan kononnya saya akan menyertai PN.

“Saya minta pihak yang buat cerita berunsur fitnah ini supaya hentikannya… saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika khabar angin dan fitnah terhadap saya masih berterusan,” katanya.

Madius memenangi kerusi Parlimen Tuaran atas tiket Barisan Nasional (BN) namun membawa Upko keluar BN dan menyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) sehari selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. –

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *