Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu makan di dalam kedai dan buffet Ramadan tidak dibenarkan mulai esok untuk semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daripada sembilan daerah di Selangor berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, ia melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Bagaimanapun, tiga daerah lagi masih kekal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.