Klang kembali merekodkan jumlah kes Covid-19 tertinggi apabila menyumbang 121 daripada 441 jangkitan di Selangor semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 65 kes dikesan di mukim Klang dan selebihnya mukim Kapar.

“Hulu Langat pada kedudukan kedua dengan 118 jangkitan yang mana mukim Kajang mencatatkan 52 kes, Cheras (33), Ampang (26), Semenyih (empat) Beranang (dua) dan Hulu Langat (satu).

“Sejumlah 90 kes dilaporkan di Petaling dengan 35 daripadanya di mukim Damansara, Petaling (31), Sungai Buloh (19) dan Bukit Raja (lima),” menurutnya di Facebook.

Tambahnya, Kuala Selangor mencatat 35 kes iaitu mukim Ijok (21), Bestari Jaya (enam), Jeram (lima), Tanjung Karang (dua) dan Kuala Selangor (satu).

Tambahnya, Kuala Selangor mencatat 35 kes iaitu mukim Ijok (21), Bestari Jaya (enam), Jeram (lima), Tanjung Karang (dua) dan Kuala Selangor (satu).

Selain itu, katanya, kes di Gombak menurun kepada 31 jangkitan berbanding 96 yang dilaporkan semalam dengan 15 daripadanya di mukim Batu, Rawang (11), Kuang (tiga) dan Setapak (dua).

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.