Ibu kandung dan bapa tiri kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang didakwa telah ditemui lemas dalam tong air di Krubong, di sini mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Kanak-kanak malang itu, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, juga dipercayai menjadi mangsa penderaan pasangan tersebut pada hujung bulan lepas.
Kedua-dua suspek, ibu kandung, Zuraida Atan dan bapa tiri mangsa, Mohd Fadzli Abdul Razak dihadapkan ke mahkamah di sini atas dua pertuduhan membunuh dan mendera kanak-kanak itu.
Suspek-suspek dikawal ketat serta bergari itu dibawa terlebih ke Mahkamah Majistret bagi pembacaan pertuduhan atas kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mengikut kertas pertuduhan, pada jam 3.32 petang beralamat Taman Krubong Jaya, Zuraida telah bersama-sama melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian terhadap Zubaidi Amir Qusyairi.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh berhadapan hukuman mati.