Terkini nama Tian Chua dispekulasikan akan mengumumkan peletakan jawatannya dalam PKR.

Langkah itu dikaitkan dengan cakap-cakap beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anwar Ibrahim dan didakwa lebih selesa berada di kem Datuk Seri Azmin Ali.

Sumber mengatakan khabar angin begitu kuat untuk Naib Presiden PKR itu mengambil langkah untuk keluar meninggalkan parti keramat itu.

Tian Chua merupakan seorang aktivis sosial yang dihormati dan pengasas Keadilan yang berjasa dalam perjuangan parti itu sejak ia ditubuhkan.

Naib Presiden PKR Tian Chua pernah mengaku bahawa perbalahan dalaman partinya mewujudkan ketidakstabilan yang menjadi antara sebab kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

“Kita tak dapat eratkan semula oleh kerana kehilangan kepercayaan antara pemimpin,” katanya dalam temu bual dengan Sinar Harian.

Tian Chua, yang juga dikaitkan sebagai penyokong Azmin, berkata beliau cuba menyatukan puak-puak yang berselisih tetapi gagal.

Rujuk berita di sini:

https://m.malaysiakini.com/news/513082

Apa jua spekulasi, mohon empunya tubuh membuat pencerahan demi kebenaran bersama.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *