Pereka grafik yang juga kartunis kontroversi, Fahmi Reza bertegas tidak akan memadamkan status playlist Sposify Dengki Ke? yang menggunakan gambar profil Raja Permaisuri Agong dalam Facebooknya.
Fahmi atau nama sebenar Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin akan terus mempertahankan karya satira politiknya walaupun berdepan dengan hukuman pihak berkuasa.
“Aku nak cakap di sini, aku takkan padamkan posting dan juga plylistspotify dengki ke.? Aku akan terus mempertahankan karya satira politik aku walaupun berdepan dengan hukuman.
“Jika penguasa ambil keputusan untuk heret aku ke mahkamah dalam isu ini, aku sudah bersedia, ayuh, aku akan terus mempertahankan hak dan kebebasan aku untuk mengkritik penguasa. satira bukan satu jenayah,” katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
Fahmi yang direman selama sehari bagi membantu siasatan polis atas dakwaan menghina baginda Raja Permaisuri Agong meninggalkan ibu pejabat daerah itu sekitar 5.58 petang tadi.
Fahmi juga menjelaskan polis bersifat profesional dan tidak menunjukkan sebarang kekerasan sepanjang tempoh reman selama sehari ini.
Ditanya sebab beliau memuat naik posting berkenaan, Fahmi menjelaskan dia tidak akan menjawabnya kerana ada kebarangkalian dia akan didakwa di mahkamah.
“Jadi semua kenyataan berkenaan karya itu aku akan menjawab di mahkamah..semua akan dijawab di mahkamah kalau masuk mahkamah.
“Sekarang masih berhadapan siasatan polis lagi. mereka kena siapkan siasatan kumpul bukti forensik dan hantar kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.