IPOH: Dua Adun dari Perak yang dahulunya dengan DAP, kini secara rasmi menyertai PPBM.

Bekas EXCO ketika kerajaan PH, Paul Yong Choo Kiong, yang juga ADUN Tronoh dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam, sebelum ini bertindak keluar DAP pada Mac tahun lalu.

Mereka kemudian menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak ketika Ahmad Faizal Azumu menjadi menteri besar.

Penyertaan kedua-dua Adun berkenaan dalam PPBM disahkan oleh Setiausaha PPBM Perak, Zainol Fadzi Paharuddin.

“Kedua-dua mereka sudah pun menjadi Ahli Bersekutu PPBM sejak Dis lalu,” katanya ketika dihubungi FMT.

BERITA LANJUT MENYUSUL

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.