KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) memutuskan akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secara bersendirian.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka perlu bersedia bagi menghadapi pilihan raya itu.
”Ingin saya berkongsi dalam Mesyuarat Tertinggi BN kita akan bertanding solo atas jenama BN dan lambang dacing.
”Kita bukan riak atau takabbur, kita akan bertanding bersendirian dengan lambang BN,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Ahad.