Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada Rabu atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Paul Yong, 51, didapati bersalah merogol pembantu rumah berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya antara jam 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Pertuduhan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

AKAN MENYUSUL

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *