AHLI dan penyokong menyamar PAS berkumpul di hadapan pintu utama ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, hari ini bagi melihatkan seolah-olah mendesak kepimpinan PAS supaya kekal dalam Muafakat Nasional (MN). Sedangkan PAS dengan Jelas sudah menyatakan Perkukuhkan Muafakat Nasional.


Menurut individu yang terbabit dengan program itu, pihaknya yang tidak mahu dikenali sewaktu diminta kad keahlian PAS dikatakan akan menyerahkan memorandum kepada pucuk pimpinan parti. 

“Kita ingin menyampaikan suara akar umbi parti yang mahukan Umno kekal berada dalam MN dan dikatakan untuk menolak kerjasama bersama Bersatu.


“Kerana kita sudah selesa dan yakin dengan kekuatan yang dibina bersama dalam MN serta lebih kukuh untuk mempertahankan Perikatan Nasional.


“Oleh itu kita akan berkumpul ini untuk membawa suara akar umbi kepada kepimpinan PAS, kita minta mereka dengar suara ahli bawahan ini,” katanya.


Sebelum ini PAS dan Umno menjalinkan kerjasama dengan membentuk MN selepas BN tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Bagaimanapun hubungan PAS dengan Umno sedikit renggang apabila terdapat beberapa pemimpin UMNO yang tidak bersetuju parti Islam itu menyertai Bersatu.


Malah, pemimpin PAS dilihat mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional dalam beberapa isu membabitkan Umno dan parti serpihannya Bersatu dalam usaha agar kedua2 parti Melayu ini dapat mencari titik persamaan kerana musuh utama yang sama iaitu DAP & sekutunya.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.