Putrajaya, 25 Febuari 2021

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini diambang perpecahan apabila 189 daripada 191 bahagian Umno menyatakan pendirian rasmi menolak kerjasama politik dengan Bersatu.

Situasi dalam gabungan pemerintah itu boleh dianggap retak menanti belah dan kemungkinan sesuatu yang lebih buruk akan berlaku menjelang PRU-15 yang bakal diadakan pada bulan Ogos tahun ini.

Pergeseran demi pergeseran berlaku dan malah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilihat “diugut” secara terbuka oleh pemimpin Umno.

Bersatu sentiasa mendapat banyak jawatan tinggi dalam kerajaan mahupun parti itu tidak sepadan dengan kekuatannya.

Umno lebih kuat berbanding Bersatu dan PAS dalam aspek kerusi Parlimen, sokongan popular dan jentera di lapangan tetapi hanya 41 peratus ahli Parlimen yang menjadi menteri dan timbalan menteri.

PAS pula memiliki jumlah ahli Parlimen paling sedikit tetapi dengan kesetiaan di kalangan pemimpin dan ahli yang paling kuat, dan kadarnya lebih tinggi.

PAS menerima kesan serupa. Selain Bersatu, Umno Terengganu juga sebulat suara meluluskan usul menolak kerjasama dengan PAS yang kemudiannya diikuti oleh Umno Kelantan.

Panjang kata, orang Umno di pantai Timur tahu PAS adalah rakan kongsi mereka dalam Muafakat Nasional (MN). Namun mereka juga tahu PAS tidak boleh dipercayai dan didakwa sebagai ‘Curang’.

Umno mahukan semula jawatan perdana menteri dan menyerap semula Bersatu.

Bersatu mahu terus memegang jawatan perdana menteri dan menarik sokongan PAS.

PAS, selaku kuasa terkecil, menyokong Bersatu untuk menyekat Umno bangkit semula.

‘Cinta tiga segi’ ini dijangka akan terus berbalah pada 2021.

PN bukan sahaja retak menanti belah, mereka sebenarnya sudah terbelah terpecah-pecah menunggu berderai.

Serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk mereka memilih semula sebuah kerajaan yang kuat dan boleh menjaga kestabilan ekonomi serta politik.

Bukan macam kerajaan sekarang yang kononnya nampak kuat dari luar tetapi hakikatnya cukup rapuh di dalam.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *