Terbongkar!! BN terpaksa mengendalikan melakukan “damage control” selepas pendedahan memalukan semalam bahawa kenyataan pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi mirip kepada yang dikeluarkan Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim.
Semalam gabungan itu mengumumkan kenyataan yang ditandatangani Zahid itu dikeluarkan tanpa melalui dewan tertinggi BN dan menambah ketua pegawai medianya digantung sehingga siasatan dalaman selesai.
Setiausaha Eksekutif BN Mohd Sahfri Ab Aziz berkata, kenyataan itu tidak mendapat kelulusan sekretariat dewan tertinggi gabungan itu.
Setelah disemak didapati jawatan itu sebenarnya tidak wujud. Ia hanyalah ‘cover up’ BN selepas Zahid keluarkan kenyataan mirip Anwar,” kata sumber Umno.
Sebelum itu, apabila ditanya siapakah nama individu yang digantung, pegawai BN berkata identiti individu tersebut dirahsiakan.bJawatan yang wujud sebenarnya ialah setiausaha bahagian media bukan Ketua media.