Berlangsung sebentar tadi Sidang Media Khas Datuk Seri Tajuddin Rahman mengenai kemelut dalam UMNO.

Sidang Media dilakukan berlanjutan dari isu pengurusan beliau sebagai MKT UMNO baru-baru ini.

Di dalam sidang media tersebut beberapa perkara telah didedahkan antaranya adalah tentang politik jajaran baharu menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM ke-9, kononnya seluruh Ahli Parlimen bersetuju.

Datuk Seri Tajuddin Rahman secara terbuka tempelak Zahid sebagai kaki penipu. Tipu perwakilan UMNO dan seluruh ahli UMNO kononnya No DAP No Anwar.

Datuk seri Tajuddin Rahman juga mendedahkan bahawa Zahid Hamidi sebenarnya tidak berpuas hati sebab tidak memiliki apa-apa jawatan walaupun berjawatan Presiden UMNO.

Beliau juga membongkar G15 diketuai Zahid dan Najib pada permulaan enggan sokong Datuk Seri Ismai Sabri sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu kerana Zahid telah memcalonkan dirinya sendiri untuk mendapatkan jawatan tersebut.

Datuk Seri Tajuddin Rahman juga menyatakan bahawa Zahid Hamidi sememangnya tidak layak lagi menjadi Presiden UMNO kerana berdepan dengan puluhan kes mahkamah yang rakyat Malaysia sudah maklum.

Tajuddin juga sempat berkongsi dua keping foto yang di mana sekumpulan pemimpin kanan dan berpengaruh dalam Umno dikatakan berkumpul untuk mencari kesepakatan mendesak Ahmad Zahid Hamidi berundur secara baik seawal 2020.

Menurut Tajuddin Abdul Rahman, antara pemimpin yang hadir ialah Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan bekas perdana menteri Najib Razak dan Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin.

Kata bekas anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno yang dipecat itu menambah, usaha berkenaan gagal selepas Mohamad “membelot” daripada ketetapan tersebut.

Dakwa Tajuddin, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu “digertak” oleh pegawai kanan Ahmad Zahid.

Menurut ahli parlimen Pasir Salak itu, pertemuan berkenaan berlangsung di rumahnya pada Mei 2020.

“Ketuanya siapa? Tok Mat (Mohamad) dan Bossku (Najib).

“Mereka suruh turun buat tinjauan, berapa ramai ketua bahagian yang setuju. Kalau saya tak silap ada 130 bahagian (di seluruh negara) yang setuju.

“Tok Mat setuju, Bossku setuju. Kenapa tak jadi? Sebab Tok Mat sebagai ketua dengan belot,” katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.