Bekas ketua penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dilantik.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan ahli MKT lain pada mesyuarat tertinggi parti itu malam ini.

Terdahulu, Isham memaklumkan beliau mendapat undangan untuk menghadiri mesyuarat MKT Umno di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.

Perkembangan itu menyusul selepas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai ahli MKT Umno.

Isham sebelum ini digugurkan daripada jawatan ketua penerangan BN Selangor dan baru-baru ini timbul desas-desus mengatakan beliau bakal dilantik sebagai ahli MKT Umno.

Sementara itu, ahli MKT Umno Mohd Puad Zarkashi menerusi Facebook turut memuat naik ucapan tahniah kepada Isham.

“Tahniah saudara Isham Jalil,” tulisnya ringkas.

Majlis angkat sumpah yang berlangsung malam ini diadakan serentak dengan mesyuarat MKT bermula 8 malam tadi.

Mesyuarat itu dihadiri barisan “top 5” kepimpinan Umno.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.