1. Selalu gelisah walaupun tiada masalah langsung.
  2. Selalu bangga dengan diri sendiri.
  3. Selalu angkuh, sombong dan bongkak dengan suka pandang hina terhadap orang lain.
  4. Selalu tidak amanah dan selalu mungkir janji.
  5. Selalu mengintai keaiban orang dan suka sebarkannya.
  6. Suka mengumpat dan selalu membuka aib orang lain.
  7. Selalu gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya sendiri.
  8. Lidah yang tajam dan selalu tidak suka menjaga hati semua orang.
  9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.
  10. Suka berlagak alim semata-mata untuk dipuji semua orang.
  11. Menyampaikan ilmu dengan riak dan takbur.
  12. Suka menganggap diri sendiri lebih hebat daripada semua orang.
  13. Selalu berpakaian elok tapi tidak menutup aurat dengan lengkap hanya untuk dipuji serta suka menunjuk-nunjuk.
  14. Suka derhaka kepada kedua-dua ibu bapa dan selalu tidak hormat orang yang lebih tua.
  15. Suka talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang).
  16. Suka menjatuhkan dan selalu memijak semua orang dengan kuasa yang ada.
  17. Selalu masa solat tidak khusyuk.
  18. Suka kagum terhadap diri sendiri. Selalu merasa diri sendiri bagus serta terlalu cerdik.
  19. Selalu mengeluh serta suka tidak redha dengan suratan takdir.
  20. Selalu cinta kepada duniawi dan suka materialistik.
  21. Selalu mudah bersangka buruk terhadap semua orang.
  22. Suka membesar-besarkan hal yang remeh temeh.
  23. Suka bergosip dan selalu menabur fitnah.
  24. Suka menggunakan agama dan selalu berdengki atas perkara duniawi.
  25. Selalu cinta kepada dunia melebihi cintanya pada Allah. Suka membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia sahaja.
  26. Suka pendendam.
  27. Selalu penting diri sendiri dalam semua hal.
  28. Suka perpura-pura dan selalu suka membodek.
  29. Suka tamak haloba serta bakhil serta selalu sangat berkira dengan semua orang.
  30. Suka bernafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.

Kesemua sifat di atas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari sama-sama bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal diri, banyak mengingati Allah dan menyebut nama Allah, berdamping dengan guru pembimbing yang baik dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan semua makhlukNya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *