SEKURANG-KURANGNYA lapan maut manakala puluhan yang lain masih hilang dalam insiden tanah runtuh di Pulau Ischia di Itali, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan itu, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 bangunan runtuh dan banjir lumpur.

Menurut laporan media, banjir lumpur dan sisa sampah melanda bandar kecil Casamicciola Terme selepas hujan lebat pada awal

Agensi berita ANSA melaporkan, di kawasan Casamicciola Terme yang paling teruk terjejas, sekurang-kurangnya 30 keluarga terperangkap dalam rumah mereka tanpa air atau elektrik, dengan lumpur dan sisa runtuhan bangunan menghalang jalan.

Pihak berkuasa menganggarkan antara 150 dan 200 mangsa perlu berpindah dan mencari rumah sementara menjelang petang semalam.

“Usaha menyelamat kekal rumit kerana keadaan cuaca,” kata jabatan perlindungan awam, yang menegaskan pasukan akan terus bekerja sepanjang malam menggunakan lampu.

Pihak berkuasa tempatan juga menggesa penduduk Ischia untuk tinggal di dalam rumah supaya tidak menghalang operasi menyelamat.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *