ADMIN: Bagi pihak YBhg Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga ke atas doa yang tidak putus-putus dari teman-teman dan seluruh rakyat Malaysia demi kesembuhan Ybhg Tan Sri.

Untuk makluman semua, Ybhg Tan Sri kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Kami dan pihak keluarga menerima banyak permohonan dari teman-teman rapat Ybhg TSri untuk berziarah bagi memberi kata-kata semangat dan sokongan.


Kami amat menghargai hasrat dan niat teman-teman sekalian.

Meskipun demikian, memandangkan keadaan Tan Sri yang sangat sensitif terhadap persekitaran luar, pihak hospital telah mengenakan SOP yang sangat ketat dan jumlah pelawat juga terhad dan kami dahulukan ahli keluarga sahaja.

Pada masa yang sama, pihak keluarga juga memohon agar diberikan ruang kepada mereka ketika berhadapan dengan situasi begini.

Marilah sama-sama kita berdoa agar kesihatan Tan Sri pulih seperti sediakala dan keluarga diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi di dalam menghadapi ujian besar ini.

Sekali lagi Admin memohon kemaafan dan menyatakan penghargaan tidak terhingga di atas keperihatinan seluruh rakyat Malaysia kepada pemimpin kesayangan kita ini.

Terima kasih.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.