PAS tidak menolak kemungkinan Perikatan Nasional (PN) akan membentuk kerajaan dengan BN sekiranya mereka gagal membentuk kerajaan secara bersendirian dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini. Kata Takiyuddin baru-baru ini.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata PN tidak akan sesekali membentuk gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menguasai Putrajaya.

Beliau juga akui bahawa perkara itu pernah disuarakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang juga Timbalan Pengerusi PN.

Mengulas lanjut Takiyuddin berkata, dia yakin BN akan menerima cadangan untuk bergabung bagi membentuk kerajaan.

Namun apa yang menarik, kenyataan Setiausaha PAS Pusat itu telah dibidas oleh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Twitter beliau sebentar tadi.

“Saya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS, untuk berunding dengan Barisan Nasional bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15.”


“Tujuan Perikatan Nasional bertanding dalam PRU 15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.”

Terdahulu, Barisan Nasional (BN) menolak sebarang bentuk rundingan bersama PAS selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan menganggap parti itu sebagai kawan yang tidak setia.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pemimpin PAS dilihat sering berubah-ubah dalam menentukan pendirian, selain turut menggunakan ayat al-Quran dan hadis yang ditafsir oleh mereka sendiri.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *