Umno berkata, tidak ada mana-mana pihak yang wajar mengajar parti itu bagaimana mahu menyatukan ummah kerana langkah itu sudah mula dipeta sejak puluhan tahun lalu.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan isu perpaduan ummah kini menjadi begitu tular dan lumlah sejak kebelakangan ini dan diperkatakan semua orang seolah-olah ia begitu parah.

Pun begitu kata Mohamad dia mempunyai pandangan berbeza kerana ia tidaklah terlalu terlalu meruncing dan hanya ada sedikit ‘kocakan’ sesekali.

“Jangan berbicara tentang perpaduan ummah dengan Umno kalau tuan-tuan sendiri berentap dengan mereka yang sebelum ini tuan-tuan peluk dan dakap mesra.

“Jangan berbicara tentang perpaduan ummah dengan Umno kalau yang tuan-tuan tahu hanyalah memancing dan mengutip sesiapa sahaja yang pantas meninggalkan perjuangan bangsa, termasuklah mereka yang selama ini tidak berhenti-henti menghina dan merendah-rendahkan orang Melayu,” katanya.

Bercakap demikian semasa memberikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Kuala Lumpur hari ini Mohamad berkata Umno berupaya menyatupadukan Malaysia dengan sokongan pelbagai parti komponen pada 1988 dan 1998.

Jangan dilupa, katanya, dalam segala perselisihan yang pernah wujud, Umno tetap menerima kembali Semangat 46 ke pangkuan perpaduan bangsa.

Apabila Umno gagal membentuk kerajaan tiga tahun lalu, katanya, Umno menghulur tangan perpaduan kepada PAS sehingga terbentuknya Muafakat Nasional.

“Jadi, kepada pemimpin serpihan parti Melayu yang baru setahun jagung usianya, usahlah tuan-tuan berbicara tentang perpaduan ummah dengan Umno apabila tuan-tuan sendiri tidak punya sebarang rekod menyatupadukan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya.

Persidangan tahunan Umno kali ini berlangsung dalam suasana hubungan Umno dengan Bersatu terus menegang, bagai retak menanti belah.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *