Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang penceramah bebas ditahan oleh pihak polis selepas disyaki atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 taun

Susulan itu, terdapat seorang pengguna platform TikTok mendedahkan kronologi mengenai hubungan remaja perempuan tersebut dengan penceramah berkenaan.

Bermula dengan pertanyaan pasal agama di Intagram sebelum bertukar nombor telefon

Menerusi video yang dikongsikan, pengguna dikenali @qayqay mendakwa platform Instagram (IG) menjadi titik permulaan perkenalan penceramah bebas dan gadis tersebut.

Wanita yang mendakwa dirinya merupakan ibu kepada kawan baik mangsa mengatakan gadis tersebut pada mulanya bertanyakan mengenai hal keagamaan di IG sebelum penceramah bebas berkenaan memberikan nombor telefon kepadanya.

Kemudiannya sampai satu hari itu ustaz berkenaan meminta remaja perempuan itu meneka umur dan sekiranya betul lelaki terbabit akan belanja makan. Tambahnya lagi, budak mentah dalam usia tersebut tidak tahu apa-apa dan hanya tahu keseronokan lebih-lebih lagi dapat keluar dengan orang popular.

Pengguna itu mendakwa penceramah bebas dan remaja perempuan itu telah melakukan hubungan intim beberapa kali atas dasar suka sama suka.

Namun, perbuatan terkutuk gadis itu kantoi dan diketahui oleh keluarganya. Selepas pada itu, mereka bertindak untuk mengambil keputusan untuk melakukan laporan polis memandangkan anak perempuan mereka masih di bawah umur.

Mana tidaknya, segala perbualan mesej antara mereka berdua amatlah jijik dan ternyata jauh daripada suruhan agama. Sedar bahawa kedua-duanya melakukan kesalahan, keluarga gadis berkenaan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

“Kedua-duanya salah termasuk si gadis kerana terpedaya dengan janji manis seseorang bergelar penceramah bebas membabitkan keagamaan. Biar polis jalankan siasatan.”tulis pengguna tersebut.

Pandai ceramah tapi kau sendiri sebijik iblis!

Selain itu, dia juga menyindir perbuatan terkutuk ustaz berkenaan dengan mengatakan lelaki itu hanya pandai memberi ceramah sedangkan diri sendiri perangai bertopengkan iblis.

Terdahulu penceramah bebas yang dikatakan berusia dalam lingkungan 30-an itu direman selama lima hari hingga 23 Julai dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: TikTok @omyqay

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.