Tajuddin Abdul Rahman tidak akan melompat parti dan akan membantu memenangkan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Penyandang kerusi Parlimen Pasir Sala,k tu dikatakan kini sedikit sedih kerana digugurkan namun akan tetap fokus bagi kepentingan parti dan tidak akan bertanding atas tiket parti lain.

Ketika ini, beliau ada di Pejabat Umno (Pasir Salak), sedang bekerja untuk parti. Beliau tidak akan melompat parti,” lapor Berita Harian yang memetik sumber.

Tajuddin pada pagi ini dilaporkan mengadakan mesyuarat bersama beberapa pimpinan Umno Pasir Salak di Pejabat Umno Parlimen Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak.

“Apabila sudah sedia, beliau akan beri kenyataan akhbar,” katanya.

Tajuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah berkhidmat selama tiga penggal di kawasan Parlimen Pasir Salak sejak 2008.

Bagaimanapun, nama Tajuddin digugurkan sebagai calon mewakili BN di parlimen Pasir Salak untuk PRU15 kali ini.

Kerusi parlimen Pasir Salak digantikan dengan Datuk Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *