Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia, menurut sumber kerajaan.

Sumber itu mengesahkan nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaharu penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong esok.

Menurutnya lagi, kerajaan ‘berubah hati’ mengenai pelantikan Tajuddin.

“Sebab itu nama dia tak dimasukkan dalam senarai utusan terbaharu yang akan terima surat watikah daripada Yang di-Pertuan Agong esok,” katanya seperti dilapor FMT.

Manakala Tajuddin enggan mengulas dan meminta semua pihak merujuk isu itu kepada Wisma Putra.

“Tiada komen. Tanyalah Kementerian Luar ke, tanya Perdana Menteri ke, saya mana tahu,” katanya.

Tajuddin sebelum itu digugurkan dari jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkuatkuasa pada 21 Jun lalu.

Menurut surat bertarikh 21 Jun yang dikeluarkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, pelucutan jawatan itu berikutan komitmen Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. – MP

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.