Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan suhu lebih panas daripada kebiasaan melanda semenanjung negara terutama negeri-negeri di bahagian utara sehingga Ahad ini.
Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia berdasarkan analisis model cuaca yang meramalkan kawasan semenanjung kurang hujan dalam tempoh berkenaan.
“Namun, ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang dijangka masih boleh berlaku di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, Sabah serta Sarawak pada sebelah petang dan malam.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.